Quotes of The Day

Lidah yang menyebut Allah tidak pantas dipakai untuk menyebut kata-kata nista

-sokrates-

there is no short cut to heaven
(26/5/2010)

Thursday, May 27, 2010

Pesanan buat Akhwat

Ratuku,
ingin ku luahkan,
apa yang sudah lama ingin ku luahkan,
tentang kebimbangan ku ini,
tatkala melihat bunga bunga berguguran,
dipetik tangan tangan yang ganas,
lagi bernafsu serakah.

Ratuku,
kebimbangan ku ini masih menebal,
apabila ku dengar denguman kumbang perosak,
yang cuba menyedut madumu,
walau tanpa relamu.

Ratuku,
kebimbangan ku bertambah lagi,
bila aku melihat,
bunga yang tak segan silu,
melampiaskan kecantikannya,
ketika sedang mekar,
melupakan kuntuman sebelum ini
yang melindunginya.

Ratuku,
aku masih terpingga pingga,
masih wujudkah lagi,
ratu idaman hatiku.
keran apa yang aku lihat hari ini
semakin banyak bunga bunga gugur
bagai tibanya musim luruh

Ratuku,
bukanlah aku mengharap,
kau segigih siti hawa,
yang berlari lari antara safa dan marwa,
bukan juga sesetia ainul madhiya,
menanti kekasih di pintu syurga,

Ratuku,
akuilah hatikat yang tersurat,
engkau bukanlah siti khadijah,
mahupun siti fatimah,
engkau bukan aishah,
bukan jua rabiatul adawiyah,
wanita suci terpuji,
kerana aku tidak layak,
berharap sedemikian rupa.

cukuplah sekadar kau mencontohi ,
bunga-bunga itu,
kembang mekar mewangi,
sehingga harumnya,
melewati pintu-pintu syurga.

Jangan kau risau ratuku,
kadangkala musim berganti,
sehingga bunga tak dapat berkembang mekar,
tapi itu hanya ujian buat mu.

Ratuku,
esok musim bunga,
pasti akan tiba,
dan kau akan mampu berkembang lagi,
cuma yang kuharapkan ketika itu,
kau jaga kelopakmu itu,
jangan sampai tangan tangan kasar memetiku mu lagi,
jangan kumbang kumbang ganas menghisap madumu,
jangan biarkan gagak gagak hitam itu merosakkan serimu,
kerana kau ratu idaman kalbu.

Ratuku,
aku bukanlah memandang kecantikan mu,
walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya,
tapi bukan itu yang aku harapkan.

aku yakin Ratuku,
masih ada sinar harapan,
yang bisa membuatku,
tersenyum lega kerana akan ku temui ratu yang benar benar ratu.

No comments:

Post a Comment