Tabayyun itu sesuatu yang remeh dan mudah. Tapi aneh peminatnya sedikit. Kadang kala kita sanggu bertegang leher, bersikap sinis dan anti senyuman hanya kerana disebabkan perkara-perkara yang remeh. Padahal masalahnya belum jelas, kedudukan sebenar belum kita pastikan, malahan hanya termakan adu domba tanpa penjelasan. Maka tabayyun sangat mutlak diperlukan untuk memastikan kita tidak terperangkap dalam ketidakpastian hingga mendatangkan natijah buruk. Bertanya apa yang terjadi, jangan mencela di belakang tanpa tahu keadaan sebenar.
The Share Text
A text will be just a text if we did not share the useful content to another person
Quotes of The Day
-sokrates-
there is no short cut to heaven
(26/5/2010)
Saturday, December 25, 2010
Pilih Perkataan Yang Baik
Lebih baik berdiam diri daripada berbual perkara yang tidak jelas. Pilihlah kata-kata yang benar saja apabila ingin berbicara. Tidak perlu menambah bualan orang, dan tidak perlu juga mengurangi sesuatu yang memang benar. Pilih yang baik, pilih yang tidak rosak supaya setiap butir kata-kata akan lebih bermakna dan tidak sia-sia. Perbualan itu penting, tetapi kalau semua yang kita dengar selalu kita bualkan itu yang akan bikin pening. Sebaliknya, berbuallah tentang perkara yang boleh memberikan manfaat, bukan perkara yang lagha dan sia-sia. Apatah lagi kalau perkara yang tidak tentu sahihnya, mungkin sahaja akan mendatangkan fitnah. Justeru, kenal pasti topik perbualan supaya tutur bicara kita sentiasa mengandungi manfaat.
Saturday, November 20, 2010
Dajjal
Soalan:
SAYA ingin tahu siapakah dajal? Apakah dia manusia atau makhluk lain? Apakah benar dajal sudah berkeliaran? Harap ustaz dapat jelaskan.
SAYA ingin tahu siapakah dajal? Apakah dia manusia atau makhluk lain? Apakah benar dajal sudah berkeliaran? Harap ustaz dapat jelaskan.
Jawapan:
Dalam bahasa Arab, perkataan Dajal adalah lafaz atau sighah mubalaghah daripada dajjala jad-julu yang semakna dengan kadzaba jakdzibu, yang ertinya berdusta. Maka dajjala ertinya pembohong besar. Kerana ‘amsilatul mubalaghah itu adalah: auzanun qushida biha ad-dilalatu ‘ala kasrati it-tishofil maushufi bis-Shifati. (yang bererti: beberapa timbangan atau wazan, yang dimaksudkan untuk menunjukkan kepada banyaknya zat bersifat dengan sesuatu sifat.” Untuk makna seperti ini, Nabi SAW bersabda (yang bermaksud): “Dan sesungguhnya akan ada pada umatku 30 orang pembohong besar (ataupun Dajal). Tiap-tiap seorang daripada mereka mengaku yang mereka Nabi. Aku penyudah sekalian Nabi-nabi. Tidak ada seorang Nabi pun sesudah aku.” Hadis ini riwayat Abu Daud.
Walau bagaimana pun, menurut Aqidah Islamiyah, bahawa Dajal yang kita disuruh untuk minta perlindungan Allah daripada gangguan itu ada suatu makhluk yang tertentu, yang akan datang pada akhir zaman, sebagai ujian Allah terhadap hamba-Nya dan diberikan kemampuan kepadanya untuk beberapa perkara yang luar biasa, seperti menghidupkan orang mati yang sudah dibunuhnya, dimilikinya kehidupan dengan segala kemegahannya di dunia, kemakmuran, syurga, neraka, diperintahnya turunnya hujan, diperintahkannya bumi untuk tumbuh subur, maka tumbuhlah bumi dengan tumbuh-tumbuhan. Akan tetapi semua itu terjadi dengan takdir dan kehendak Allah SWT. Kesudahannya, lelaki yang bernama Dajal itu ditewaskan dengan turunnya Nabi Isa a.s dan membunuhnya.
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW pernah menyebut ad-Dajjal di hadapan khalayak ramai. Maka sabdanya: “Sesungguhnya Allah SWT tidaklah buta. Ketahuilah bahawa al-Masihud Dajjal buta matanya yang kanan. Seolah-olah matanya buah anggur yang menonjol. (Hadis ini riwayat Muslim).
Diriwayatkan daripada Huzaifah daripada Nabi SAW bersabda ketika bercerita mengenai Dajal (yang bermaksud): “Sesungguhnya bersamanya, air dan api. Maka apinya itu adalah air yang sejuk. Dan airnya itu adalah api. Maka janganlah kamu menjadi binasa.”
Juga, diriwayatkan daripada Abu Salamah, beliau berkata: “Aku pernah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kamu aku bercerita mengenai Dajal sebagai suatu perbicaraan yang belum pernah seorang Nabi menceritakannya kepada kaumnya. Sesungguhnya dia itu buta sebelah matanya dan dia akan datang membawa seperti Syurga dan Neraka. Maka apa yang dikatakan Syurga, itulah Neraka. Dan sesungguhnya aku memberi peringatan kepada kamu dengannya, sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingati kaumnya. (Hadis ini riwayat Muslim)
Diriwayatkan pula daripada Aisyah, bahawa Nabi SAW selalu berdoa dalam sembahyang Baginda (yang bermaksud): “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau daripada siksa kubur dan aku berlindung dengan Engkau daripada cubaan Dajal dan aku berlindung dengan Engkau daripada ujian hidup dan ujian mati. Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada hutang dan dosa.” (Hadis ini riwayat al-Jama’ah kecuali al-Bukhari). Wallahua’lam.
Wednesday, July 28, 2010
Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.
(Riwayat al-Tabrani).

Monday, July 26, 2010
Secebis kata buat sang akhwat :)
Saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
"sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan,
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya,
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja...
Saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah s.a.w,
"barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka"
lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu,
moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a,
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu,
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...?
Saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dengan Tuhanmu,
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan,
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu,
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w,
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti,
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya...

Sunday, July 25, 2010
Mawar Berduri
MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,
Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.
MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,
Daripada Kumbang yang membinasa,
Duri didahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.
MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat memberi.
MAWAR,
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,
kerna dirimu telah rosak dibinasakan.
MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.

Friday, July 23, 2010
Bila waktu sudah terhenti
Kejarlah harta kemewahan.. ia akan hilang dan habis dibelanjakan
Kejarlah pangkat jawatan.. ia akan hilang bila kita diberhentikan
Kejarlah populariti dan keglamor-an.. ia akan hilang bila kita dilupakan
Sebaliknya kejarlah amal, soleh, redha & cinta ilahi.. agar menjadi bekalan untuk akhirat sana
bagaimana engkau
Bangga akan dunia yang sementara?
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu
hidup ini umpama meniti di dahan rapuh
hanya menanti masa untuk patah dan jatuh
bagaimanakah bila sampai waktu terhenti tak kau sedari
masihkah ada jalan bagimu untuk kembali mengulangkan masa lalu
dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yang ada akan kembali padaNya
bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggalkan sepi
Ya Allah ya tuhan kami
Hidupkan kami dengan iman
Matikan kami dengan iman
Kumpulkan kami dengan iman
Dan masukkan kami ke Jannah-Mu dengan iman
bila waktu telah memanggil teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti teman sejati tinggallah sepi

Subscribe to:
Comments (Atom)