Quotes of The Day

Lidah yang menyebut Allah tidak pantas dipakai untuk menyebut kata-kata nista

-sokrates-

there is no short cut to heaven
(26/5/2010)
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, March 8, 2010

Gelak - Ketawa !











OH, MARILAH BERGELAK, HAHAHAHAHAHAHAHAH :))




Pelik? Percaya atau tidak, membuatkan diri ketawa boleh menjadi terapi terbaik tanpa kita sedari. Maklumlah, seratus kali ketawa sehari bersamaan dengan 10 minit berjoging. Ini sudah semestinya lebih mudah dilakukan berbanding berlari mengelilingi sebuah padang.

Taip sahaja perkataan ketawa dalam enjin pencarian Internet dan ratusan fakta tentang terapi ini boleh ditemui. Daripada memberi kepuasan mental sehinggalah mengubah penampilan fizikal, ketawa seakan satu keupayaan paling berharga anugerah Tuhan.

Seorang pakar psikologi Jerman, Dr. Michael Titze dalam kajiannya pernah berkata, secara purata, mereka yang hidup pada tahun 1950-an ketawa selama 18 minit sehari. Kini, kebanyakan kita hanya menghabiskan maksimum enam minit untuk ketawa setiap hari.

Berbanding orang dewasa, kanak-kanak lebih mudah tersentuh dan ceria. Sehari, mereka boleh ketawa sehingga 400 kali padahal orang dewasa secara purata hanya ketawa sebanyak 15 kali.

Mungkin sebab itulah, guru ketawa dari India, Dr. Madan Kataria begitu giat memperjuangkan kebaikan kesihatan menerusi ketawa.

Mengetengahkan terapi ketawa melalui yoga, Madan mengelilingi dunia demi membuktikan bahawa ketawa sememangnya penawar paling mujarab.

Madan berkongsi teknik-teknik ketawa berkumpulan menerusi gerakan kelab ketawa serata dunia yang diasaskannya.

Jangkitan ketawa yang diperkenalkan beliau nampaknya turut tersebar ke Malaysia. Ini berikutan penganjuran satu sesi Yoga Ketawa oleh sebuah pusat yoga terkemuka di Lembah Klang.

Tidak seperti yoga konvensional yang lebih tenang dan senyap, yoga ketawa menjanjikan satu pengalaman baru. Memang melucukan, seluruh kelas termasuk jurulatihnya tidak henti ketawa.

Terapi ini bermula dengan ketawa yang dibuat-buat. Jurulatih Cheryl Lim terpaksa melontarkan arahan-arahan ringkas yang berbunyi: "Jangan malu-malu. Ikut sahaja apa yang saya sebut."

"Sebut 'ho ho ho ha ha ha'. Ingat. Jangan malu. Jangan bersembang. Sebabnya, bila anda membuka mulut untuk bercakap, anda akan mula menganalisis. Itu tidak baik untuk membuatkan anda ketawa yang disarankan," kata wanita berusia 32 tahun ini.

Sambil bertepuk tangan setiap kali selepas menyebut 'Ho ho ho Ha ha ha', kelas yang terdiri daripada puluhan peserta itu mula diselubungi suara-suara mengekek.

Cheryl mula berjinak-jinak dengan seni yoga sejak enam tahun lalu juga pernah menghadiri bengkel anjuran guru yoga terkemuka termasuklah Madan.

Sebutan biasa 'Ho ho ho' dan 'Ha ha ha' serta tepukan tangan itu kemudiannya beralih kepada aksi yang lebih menyeronokkan.

Semua diajak berdiri setempat. Sambil membuat aksi menarik teh dan dituangkan ke dalam mulut, peserta perlu ketawa. Kata Cheryl, inilah yang dinamakan 'Ketawa Teh Tarik' - versi tawa daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.

Selesai regangan itu, tumpuan dialihkan kepada Ketawa Kad Kredit pula. Jika selama ini, kenyataan kad kredit mendukacitakan, selepas ini, ketawalah sekuat hati anda!

Tidak payah menganalisis atau terlalu banyak berfikir. Yoga ketawa sememangnya mengajak anda membuang segala fikiran negatif sejauh mungkin.

Tidak perlu mengawal emosi atau control macho, yang penting, rileks dan ketawa sajalah, Ha ha ha!

Cheryl berkata, tidak ada satu cara yang betul untuk ketawa. Semuanya bergantung kepada diri masing-masing. Namun, aksi ketawa dalam yoga unik ini terdiri daripada puluhan mahupun ratusan jenis. Dia sendiri telah mempelajari 40 jenis aksi ketawa.

Antaranya termasuklah ketawa meminta maaf, ketawa menyambut, ketawa singa dan ketawa sambil mengukur tubuh.

"Oh, lain kali, kalau dimarahi bos, mungkin anda semua boleh cuba 'Ketawa Menghargai'. Ha ha ha ha ha... sambil membuat gaya menerima angpau di Tahun Baru Cina," ujar Cheryl yang tidak henti-henti ketawa.

Sesi yoga ketawa yang berlangsung kira-kira dua jam itu berhenti rehat selama beberapa minit setiap setengah jam. Tujuannya untuk membenarkan organ-organ dalaman berehat.

"Biasanya, sesi ketawa ini akan berlangsung kira-kira 20 minit hingga maksimum 30 minit. Ini bagi mengelakkan tekanan yang mungkin menjejaskan jantung," jelas Cheryl.

Tambahnya, yoga ketawa bagaimanapun tidak sesuai untuk sesetengah orang. Sekiranya anda pernah menjalankan pembedahan di perut, anda hanya disyorkan mencuba terapi ini selepas tiga bulan.

"Pesakit yang menghidap glaukoma juga tidak begitu digalakkan. Ini kerana ketawa boleh memberi tekanan kepada mata," katanya.

Seorang peserta, Carmen Nee yang ditemui Kosmo! berkata, dia menyertai sesi tersebut semata-mata untuk keseronokan.

"Saya pernah dengar orang sebut pasal yoga ketawa. Tetapi tidak begitu pasti bagaimana rupanya. Sekarang baru saya tahu, yoga ketawa begitu menarik dan menyeronokkan," kata wanita yang berusia 29 tahun ini.

Bercerita lanjut, Carmen mengakui pada awalnya dia berasa agak kekok dan malu untuk buat-buat ketawa.

"Mula-mula rasa macam bodoh... tapi tak sangka, lepas itu memang jadi amat kelakar sebab semua orang pun buat. Akhirnya, saya terus ketawa," terangnya.

Bayangkan, dalam satu senario, peserta diminta menunjukkan aksi meminta maaf sambil ketawa sekuatnya. Tidak logik dan tiada apa yang patut dimaafkan, cuma suara ketawa dan keceriaan yang mengisi seluruh kelas yoga.

Malah, keadaan itu membuatkan kumpulan wartawan yang duduk di belakang bilik membuat liputan gagal menahan emosi dan terus ketawa terbahak-bahak.

Jadi, bukankah benar ketawa sememangnya sesuatu yang berjangkit? Menariknya, kelibat seorang peserta menjadi tumpuan apabila dia ketawa sehingga terguling di atas lantai.

Aksi spontan peserta tersebut menyebabkan seluruh kelas ketawa tidak berhenti.

"Ini memang menyeronokkan. Tengok betapa menariknya sehingga membuatkan semua orang seronok. Baik untuk hilangkan stres," ujar Yea Hooi, 28, yang berdiri berdekatan.

Yea Hooi, juga seorang jurulatih yoga berkata, semua orang khasnya mereka yang sentiasa tertekan patut mencuba terapi ini.

"Siapa kata yoga semestinya senyap dan slow motion? Jika ketawa boleh membuang segala masalah yang terbuku di hati, mengapa tidak mencuba?" katanya sambil terukir senyuman di bibir.

Bagaimana aksi ketawa ini boleh dianggap sebagai yoga? "Ia adalah yoga kerana gabungan latihan ketawa dengan teknik pernafasan yang membawa masuk oksigen ke dalam tubuh dan otak. Maka, seseorang akan berasa lebih bersemangat dan sudah tentunya sihat!"
Nanti kalau nyonya dah meninggal, apa yang akan orang ingat pasal diri nyonya ialah GELAK. Siapa mahu lawan gelak atau join gelak dengan nyonya boleh. Sebab nyonya memang pakar bab bab gelak !

Friday, February 26, 2010

BERHATI-HATI KETIKA MAKAN DI KOPITIAM !

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Masyarakat Islam yang gemar menjamu selera di kopitiam perlu lebih berhati-hati apabila dua kopitiam sahaja yang direkodkan memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berdasarkan laman web halal Jakim, dua kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.

Menurut laman web berkenaan tempoh sah sijil Pak Hailam Kopitiam adalah sehingga 15 Februari 2012, manakala Jonker Walk Kopitiam sehingga 15 Februari 2013.

Mengulas mengenai trend menjamu selera di kopitiam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihat umat Islam negara ini mengelakkan daripada menjamu selera di premis yang tidak ada sijil halal Jakim.

"Langkah ini bagi saya adalah lebih baik. Cuba lihat logo halal yang dipamerkan. Sekiranya daripada Jakim tidak ada masalah tetapi jika bukan elakkanlah diri daripada makan di tempat berkenaan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di Masjid Negara di sini hari ini.

Selain itu, Jamil Khir berkata, mereka yang keliru dengan logo halal yang dipamerkan di premis-premis tertentu juga boleh menghubungi Jakim untuk mendapatkan kepastian.

"Logo halal Jakim sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh itu, saya minta rakyat tidak terkeliru dengan pengeluaran logo halal daripada pihak lain.

"Pengeluarannya juga telah diselaraskan iaitu Jakim akan mengeluarkan logo halal manakala permohonan, audit dan sebagainya akan dilakukan Jabatan Agama negeri-negeri," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ciri-ciri logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan adalah berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.

"Mempunyai perkataan Arab 'halal' di tengah bintang dan diikuti tulisan rumi 'halal'. Bulatan logo tertulis perkataan 'MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Arab.

"Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab," katanya.

Monday, February 15, 2010

Buah Pinggang !



LAZIMNYA, kegagalan fungsi buah pinggang atau ginjal seringkali dikaitkan dengan kencing manis atau tekanan darah tinggi.


Bagi penyakit radang buah pinggang, ia agak jarang diperkatakan walaupun saban waktu terdapat kes ini.


Tidak hairanlah jika kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang daripada kategori ringan hingga serius. Malangnya mereka tidak mengetahuinya.

EKSTRA
Buah Pinggang

  • Setiap hari, kira-kira 200 loter darah ditapi atau dibersihkan oleh buah pinggang. Buah pinggang juga terlibat dalam penghasilan sel-sel darah merah kawalan tekanan darah, kawan keseimbangan asid-bes (alkali) dan penjagaan kesihatan tulang.
  • Jika terdapat keadaan tidak normal dalam buah pinggang contohnya tahap protein melebihi paras normal atau terdapat kesan darah dalam air kencing atau jika fungsi buah pinggang merosot, besar kemungkinan kita menghadapi penyakit buah pinggang kronik.
  • Pada peringkat awal, penyakit buah pinggang tidak ketara kerana pesakit masih berasa sihat. Tidak hairanlah jika ramai orang tidak sedar mereka mengalami masalah buah pinggang dan lama-kelamaan penyakir ini lebih teruk.

Tanda-Tanda Kerosakan Buah Pinggang

  • Kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam tetapi lama-kelamaan semakin berkurangan, begitu juga jumlah air kencing.
  • Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta mata membengkak.
  • Sering gatal di bahagian badan tanya sebab yang nyata.
  • Air kencing berbuih kerana kehadiran protein.
  • Cepat letih dan mengantuk.
  • Kerak sakit kepala.
  • Mengalami masalah tidur.
  • Kurang selera makan dan penurunan berat badan
  • Terasa seperti hendak nuntah dan loya
  • Terdapat darah di dalam air kencing.

Turut dikenali sebagai glomerulonephritis (GN), Pakar Runding Nefrologi Pusat Perubatan Ampang Puteri, Datuk Dr. Zaki Morad Mohamed Zaher menjelaskan ia kerapkali berlaku pada golongan muda.


“Keradangan ginjal berlaku serta-merta iaitu mengambil masa hanya beberapa hari berbanding kerosakan ginjal yang biasanya memakan masa selama 10 hingga 15 tahun,” kata Zaki.


Biasanya, penyakit buah pinggang akut disebabkan oleh penyakit yang memberi kesan kepada buah pinggang, aliran darah atau air kencing yang mengalir keluar daripadanya.


Ujarnya, GN berlaku apabila terdapat kerosakan pada glomeruli iaitu sekumpulan kapilari yang berfungsi sebagai penapis ketika proses menyingkirkan bahan kumuh daripada darah dan masuk ke dalam tubules buah pinggang.


Perbezaan ketara penyakit ini dengan kegagalan buah pinggang yang lain ialah GN tidak melibatkan faktor makanan serta darah tinggi dan kencing manis.


Tambahnya, antara tanda awal pesakit menghidap penyakit ini ialah mereka mengalami masalah air kencing yang mengandungi protein.


Malah panyakit GN lebih bersifat sementara dan boleh hilang dalam jangka waktu tertentu dengan rawatan khas yang diperoleh sejak peringkat awal.


Mengenai punca penyakit buah pinggang, jelas Zaki, ia tidak selalunya dapat ditentukan. Tetapi sebarang bentuk penyakit yang menjejaskan salur darah atau struktur ginjal yang lain boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.


Rawatan

Mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit ginjal ini seperti pesakit kencing manis, darah tinggi dan beberapa penyakit lain menjalani ujian setiap enam bulan sekali,” tegasnya.


Masalah kegagalan buah pinggang hanya dikesan setelah bertahun atau berbelas tahun ia bermula kerana menyerang secara senyap. Semasa diketahui, penyakit itu sudah di peringkat kronik.

Justeru,Mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit ginjal ini seperti pesakit kencing manis, darah tinggi dan beberapa penyakit lain menjalani ujian setiap enam bulan sekali,” tegasnya.
Masalah kegagalan buah pinggang hanya dikesan setelah bertahun atau berbelas tahun ia bermula hanya dialisis atau pembedahan transplan menjadi pilihan. Namun, sekiranya dikesan awal, ia boleh dirawat menggunakan ubatan tertentu.


Menurut Zaki, masalah buah pinggang mempunyai kesan berangkai dengan organ-organ lain terutama jantung.


Walaupun keadaan genetik seseorang turut mempengaruhi kehadiran penyakit ini, perubahan dalam tabiat pemakanan dan gaya hidup boleh menyelamatkan buah pinggang