Tabayyun itu sesuatu yang remeh dan mudah. Tapi aneh peminatnya sedikit. Kadang kala kita sanggu bertegang leher, bersikap sinis dan anti senyuman hanya kerana disebabkan perkara-perkara yang remeh. Padahal masalahnya belum jelas, kedudukan sebenar belum kita pastikan, malahan hanya termakan adu domba tanpa penjelasan. Maka tabayyun sangat mutlak diperlukan untuk memastikan kita tidak terperangkap dalam ketidakpastian hingga mendatangkan natijah buruk. Bertanya apa yang terjadi, jangan mencela di belakang tanpa tahu keadaan sebenar.
No comments:
Post a Comment