Quotes of The Day

Lidah yang menyebut Allah tidak pantas dipakai untuk menyebut kata-kata nista

-sokrates-

there is no short cut to heaven
(26/5/2010)

Tuesday, March 30, 2010

wanita dan minyak wangi

saya ada satu kemusykilan kat sini..
sebelum nie, saya ada tanya pada ustaz.. (lama dah), apa hukum pakai perfume yg beralkohol? ustaz ckp boleh jer..jgn berlebih2an lah, sampai 1 meter bleh bau..
tapi, baru2 nie, saya baca buku '50 wasiat Rasulullah S.A.W. kepada kaum wanita..',
antara kandungan wasiat ini..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata:
Rasulullah SAW bersabda:

"Mana-mana wanita yang memakai pedupaan (wangian) maka janganlah dia datang bersam-samaku solat Isya' yang akhir.."

Sementara menurut riwayat lain:

"Jika salah seorang di antara kamu dtg ke masjid, maka jgnlah memakai wewangian.."

Sabda Nabi SAW: " Barangsiapa di antara wanita yang memakai dupa (wangian)" adalah mensyaratkan bagi orang perempuan yang akan mendatangi jemaah solat tidak diperkenankan memakaikan wangi2an, atau barang2 yang menyebarkan bau.. Bahkan Nabi SAW mengecam seorang wanita muslimah pergi untuk solat berjemaahsementara dia memakai minyak wangi, bahkan ditegaskan pula bahawa solatnya itu tidak akan diterima.

Diriwayatkan dari maula (bekas budak) Abu Rahm, namanya Ubaid, bahawa Abu Hurairah r.a berpapasan dgn seorang wanita memakai minyak wangi, wanita itu hendak pergi ke masjid. Lalu Abu Hurairah menegurnya: "Wahai wanita sombong, mahu kemana kamu?" Jawabnya: "Ke masjid" Abu hurairah berkata: " Engkau memakai minyak wangi?" Wanita itu menjawab: " Benar, aku memakai minyak wangi." Abu Hurairah berkata: " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa di antara wanita yang memakai minyak wangi, kemudian memakai minyak wangi, kemudian pergi ke masjid, maka solatnya tidak diterima, sehingga dia mandi.."

Sedangkan menurut riwayat lain:
"Jika seorang wanita pergi ke masjid, maka hendaklah dia mandi dari minyak wanginya sebagaimana dia mandi dari junub."

Juga sabda Nabi SAW: " Jika seorang wanita itu memakai minyak wangi, lalu dia melintas sekumpulan org, agar mereka mencium abunya, bererti dia benar2 sbg wanita yang berzina."

"Setiap mata itu berzina. Dan seorang wanita apabila memakai minyak wangi, lalu melewati pada majlis perkumpulan, bererti dia adalah berzina.."

No comments:

Post a Comment